Kempen

Sinar Kasih Ramadhan

Santuni keluarga miskin terpilih pada bulan Ramadhan yang akan menjelang dengan menaja keperluan berbuka dan bersahur melalui program SINAR KASIH RAMADHAN (SKR).

SINAR KASIH RAMADHAN (SKR) adalah program tahunan yang dilaksanakan menjelang bulan Ramadhan. Program ini telah memasuki tahun yang ke-12 pada tahun 2020. Objektif SKR adalah untuk membantu keluarga miskin terpilih menghadapi bulan Ramadhan tanpa rasa terbeban melalui sumbangan berbuka dan bersahur kepada mereka.

SASARAN
YBK mensasarkan 100 buah keluarga untuk dibantu pada tahun 2020 dengan nilai sumbangan RM600 diberikan kepada setiap keluarga.

PENERIMA SUMBANGAN
Jawatankuasa pemilihan akan menyenarai pendek dan memilih keluarga yang layak untuk menerima sumbangan SKR mengikut kriteria yang ditetapkan di samping budi bicara dalam kes-kes tertentu. Pencalonan adalah daripada ketua masyarakat, sekolah, sukarelawan atau individu/organisasi yang mempunyai maklumat keluarga miskin di kawasan masing-masing.

PENYERAHAN SUMBANGAN
Penyerahan sumbangan akan dilakukan sendiri oleh pegawai YBK, dibantu oleh sukarelawan di seluruh negara. Keluarga yang terpilih akan menerima sumbangan seminggu sebelum bermulanya Ramadhan dan setiap sumbangan akan direkod dan dilaporkan kepada penyumbang dan orang awam melalui media dan laporan bertulis bagi menjamin ketelusan dan integriti.

Info lanjut berkenaan program SKR boleh dirujuk di sini.